Sunday, October 16, 2011

Hal sebenar.

Assalamualaikum,


Hmm, hari ni saya post lagi satu entry buat awak. Thanks sebab tipu saya. Saya dapat tahu awak memang ada couple lain dah lama. Thanks, saya hargai. Tapi apa dosa saya eh? Saya harap satu hari nanti tuhan balas. Allah maha adil!


Saya dah tak larat nak menagis kat sini. Awak pergi adap lah awek awak memanjang. Semenjak ada lesen kereta, semua berubah! Thanks!


Sakit hati saya bila dapat tahu hal sebenar. Perit doh! Memang tak agak agak kan perangai kau. Okay fineee. Saya still bersabar :)


Chill ina., Allah maha Adil!

Saturday, October 15, 2011

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.

Assalamualaikum semua :)


Hari ni cuaca tak berapa elok. Semalam kawan saya sendiri telah meninggalkan bumi ni. Tuhan lebih sayangkan dia. Saya rasa amat terkilan sebab tak dapat nak balik tengok dia dikebumikan. Maafkan saya. Saya sentiasa mendoakan dia ditempatkan di tempat orang orang yang beriman. Aminn.


Malam tadi juga saya rasa sangat sunyi dan jiwa saya kosong sekosong hati ni. Apa yang saya terima ni sangat memeritkan. Tak sangka hubungan saya dengan dia setakat ni saja. Apa yang saya rasa, ya allah. Tuhan je yang tahu.


Awak, kenapa perlu tipu saya? Rupa-rupanya selama ni awak memang sengaja taknak mesej saya kan? Thanks sebab mengaku. Awak yang cakap macam tu, bukan saya yang tanya. 


Malam tadi malam arwah kawan kita, and malam tu jugak kita break up. Saya sedih sangat kat sini. Tapi apa salah saya sampai awak buat saya macam ni? Awak dah buat saya sayang awak sangat sangat. Saya ingat awak yang terakhir buat saya. Tapi, apa semua ni awak?


Awak kata awak dah tawar hati dengan saya. Tapi apa salah saya? Awak kata awak sayang saya sebagai seorang kawan. Awakkkk! Kenapa kita jadi macam ni? Awak cakap, awak buat ni semuanya bersebab. Haaa :'( Air mata saya tak berhenti henti mengalir. 


Mungkin awak kat sana mesti happy kan? Saya je selalu fikirkan awak. Saya harap satu hari nanti Allah dapat tunjukkan apa yang benar.


Saya tahu awak dah semakin kacak sekarang. Semua orang akan puji awak. Semua orang nak kan awak. Betul kata saya, cinta tak kenal umur. Saya tahu diri saya banyak kekurangan. 


Saya minta saya tak kan jumpa awak lagi. Saya harap awak tak buat dekat perempuan lain macam mana awak sakitkan hati saya.


Awak taktahu saya sedih. Setiap malam saya akan tunggu mesej dari awak. Awak bayangkan lah macam mana bila awak kata camni, 'saya sengaja tak mesej awak'. 


Hmm, saya tanya awak, ada perempuan lain ke? Awak jawab ada. Awakkkk! Hancur perasaan saya. 


Saya taknak tengok awak lagi. Kalau satu hari nanti awak terdengar apa apa berita pasal saya, saya pohon. Jangan datang jenguk kubur saya. Saya dah maafkan awak. 


Saya merayu sangat. Jangan datang dalam hidup saya lagi. Terima kasih atas segalanya..



Minta maaf atas segalanya.

Assalamualaikum, hi kawan kawan. Sehat?


Hari ni saya ada satu lagi entry buat awak. Awak, sekali lagi saya mohon, kalau awak ada orang lain, tolong beritahu saya. Saya tak sanggup hidup macam ni. Saya selalu fikir awak. Pelajaran saya ntah kemana sebab selalu fikir awak.


Sebenarnya awak memang nak balas dendam dekat saya kan? Saya tahu satu masa dulu saya pernah sakitkan hati awak. Tapi, kali ni saya serius dengan awak. Saya nak jaga hubungan kita sampai bila bila and maybe sampai nafas terakhir saya.


Tapi kenapa awak macam dah tak hargai saya sekarang ni? Awak ada perempuan lain? Awak dah lain sangat sangat. Saya tahu saya buruk and awak handsome. Semua orang nak kan awak. Muka saya buruk. And mungkin takde sape nak saya. Tapi saya ada perasaan. Perasaan saya sapa nak jaga?


Awak layan saya macam kawan kawan awak. Awak dah tak text saya. Saya jadi macam orang bodoh tnggu tiap tiap malam text dari awak. Tapi takde. Awak, saya sedih sangat. Saya dah tak larat nak menangis. Mata saya asyik bengkak lepastu mesti saya pening kepala bila nangis. Kat belakang kepala saya selalu sakit. Saya taktahu kenapa. Awak jangan risau. Awak takpayah la cari saya ye?


Kalau awak bace blog saya ni, saya mintak maaf sebab tulis pasal diri awak kat sini. 


Saya minta maaf kalau sepanjang kita bersama, saya ada buat salah.


Saya minta maaf kalau kita kenal ni, saya ada sakitkan hati awak.


Saya minta maaf kalau terkasar bahasa dengan awak.


Saya minta maaf kalau tak terlayan awak.


Saya minta maaf atas segalanya.

Thursday, October 13, 2011

Awak,

Hi assalamualaikum,


sihat semua? Hari ni saya sedih sangat. Kenapa awak dah lain, dulu awak lain. Sumpah awak! Awak dah berubah sangat. Awak ade perempuan lain ke? Kalau betul awak ade perempuan lain, tolong beritahu saya boleh. Sya taknak ganggu hidup awak lagi, Insyaallah. 


Awak, kenapa awak suka buat saya macam ni? Awak kata awak sayang saya, tapi kalau awak sayang saya, awak tak kan buat macam ni kat saya kan? Saya sedih! Saya tunggu awak balik kerja. Saya ingat, lepas awak balik, awak akan text saya. Tapi takde pun.


Saya hantar mesej, kalau taknak text saya, cakap. Takde lah saya tertunggu tunggu awak mesej. Hmm, then awak boleh pulak reply, awak memang taknak mesej dengan saya. Awak, saya nak nangis. Saya sedih! Ade benda saya nak cakap dengan awak. Tapi takpelah lupakan.


Saya nak awak happy dengan hidup awak. Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak okay? Doakan kesihatan saya kat sini tau. Kalau awak dah jumpa perempuan yang lebih baik dari saya, saya pohon sangat.. tolong lah bagitahu saya.


Awak, saya minta maaf sekiranya saya ada buat salah dekat awak.


 Thanks :)

Saturday, October 8, 2011

sayang,

Hi, assalamualaikum semua.


Macam mana nak mulakan cerita hari ni ye? Hmm, harini saya nak berjiwang jiwang sikit boleh? Boleh la :)


Awak, ni ada satu entry buat awak. Tapi saya tak pasti awak akan bace atau tidak. Kat sini saya tak mention nama awak. Jgn risau. Saya cuma nak luahkan apa yang terpendam dalam hati saya yang awak tak tahu. 


Awak, awak tahu tak saya sayangkan awak sangat sangat. Saya tahu saya selalu desak awak suruh balas msg saya, tapi awak jarang nak balas. Awak, serius saya sedih. Saya tahu awak busy dengan kerja. Tapi tak kan nak text sekejap pun tak boleh? Awak mintak saya faham diri awak. Saya dah cuba. 

Tak kan awak takde cuti lansung? Kalau awak cuti, awak tak bagitahu saya pun kan? Saya je tunggu msg awak tiap tiap hari bila saya balik dari kolej. Tapi sedih, takde pun msg yang masuk. Awak tahu tak saya sedih kat sini?

Saya jauh awak. Saya jauh sangat dari awak. Saya try untuk jadi dekat dengan awak. Tapi kenapa tak boleh? Sebab awak dah jarang nak layan saya macam dulu. Awak dah bosan ke dengan saya? Bila saya tanya awak, awak nak saya lagi ke? Awak jawab nak. Tapi kenapa mesti layan saya macam ni? Ni belum lagi awak sambung study. Confirm awak akan lagi bertambah tambah busy kan? Takpe, saya cuba untuk faham.

Hari tu saya balik kolej, then saya teridur. Saya penat sangat. Lepastu hp saya berbunyi. Saya cepat cepat bangun. Ingatkan awak yang bagi msg tu kat saya. Rupanya bukan. Orang lain. And awak tahu tak msg tu dia tulis apa? Ade orang bagi msg kat saya. Dia cakap dia nampak awak dengan perempuan lain. Berjalan jalan. Dah dua kali dah nampak. Saya dapat tahu lagi yang perempuan tu selalu amik awak kat rumah then pergi keja sama sama.

Awak tahu apa saya rasa masa tu? Saya terus menangis. Kawan kawan semua terkejut. Saya tak makan satu hari tu fikir pasal awak. Tapi awak takde pun pujuk saya. Dlam hati saya kata, kalau awak betul sayangkan saya, mesti awak akan pujuk saya, Saya tunggu je awak msg saya jelaskan hal sebenar siapa perempuan tu. Tapi takde..

Saya nak tanya awak, apa awak rasa kalau ade lelaki jemput saya kat hostel lepastu hantar saya kat kolej? Awak tak rasa apa apa ke? Awak takde perasaan ke?  Lepastu saya taktahu awak cerita apa kat perempuan tu. Perempuan tu msg saya, dia kata dia kawan je dengan awak. Awak, perempuan mana nak mengaku! Awak cakap, umur dia atas awak. Takde feel pun dengan dia. And perempuan tu pun cakap benda yang sama. Alaaa awak, sekarang ni. Cinta tu tak kenal umur. Kalau dah suka sama suka. Apa pun boleh jadi.

Awak dah taknak saya ke? Saya tanya betul betul ni. Hari hari saya nangis kat sini. Awak taktahu. Mungkin awak mesti gembira sangat kat sana kan dengan perempuan tu. Yela, saya bukannya nampak pun. Haritu awak ade msg, awak rasa bersalah sangat sebab tak dapat teman saya msg. Then saya maafkan awak. Tapi sekarang awak buat lagi.

Masa saya nak balik sini, saya nampak awak kat tempat kerja. Saya dapat jumpa awak sekejap jea. Takpe, lepas jugak rindu saya kat awak. Dalam kereta, hanya tuhan je tahu awak. Saya menagis. Masa saya jumpa awak tu, saya nampak awak kachak. Dalam hati saya, awak nak pergi mana? Tapi saya tak amik kisah sangat. Bila saya dah sampai Kuantan, saya bagitahu awak yang saya dah sampai. Tapi awak lansung tak balas msg saya. Saya call awak, awak angkat then cakap awak tengah drive. Saya tanya, awak pergi mana? Then awak cakap ada hal lepastu terus letak. Saya dah mula risau and pelik. 

Kalau awak ade hal, mesti awak bagitahu saya. Tapi sekarang tak. Saya sedih! Sampai malam awak mana ada msg saya. Esok tu awak msg saya, awak kata awak ade hal semalam. Saya tanya hal apa? Awak tukar topik lain. Awak ingat saya tak perasan ke? Saya saja buat buat tak perasan. Dalam hati? 

Last awak msg saya 6.10.11. Sampai sekarang awak tak msg saya. Saya akan terus menunggu. 

Kenapa cinta kita selalu saja diduga,
Bagai ada tak merestu kita berdua bersatu,
Atau mungkin kau dan aku ditakdir untuk berpisah,
Walaupun melawan arus kita berdua bersatu.
(cuma lirik lagu)

Sekian,

Wednesday, October 5, 2011

Kenapa kadang kadang bf tak suka text gf?

Hi, kawan :) tengok entry saya kali ni.

Saya tiba-tiba nak update blog hari ni. Hm, kadang kadang saya tertanya jugak kenapa boyfriend tak berapa suka text dengan gf dia sendiri. Kenapa eh?

Jum jum kita tengok kenapa?

1. Maybe lelaki tu dah boring dengan gf dia kot.
2. Gf dia selalu control hidup si bf.
3. Apa yang si bf beritahu kat gf, gf selalu tak percayakan si bf ni.
4. Maybe si gf suka cari gaduh.
5. Gf tak faham perasaan si bf.
6. Maybe jugak si bf takde crdt, thats why dia tak msg si gf.
7. Si bf busy dengan kerja sampai terlupa nak text si gf.
8. si bf dah ada orang lain, MUNGKIN okay. 

Sebenarnya benda ni saya tanya pendapat orang lain. Saya curik idea dia. Saya mintak maaf. Hmm, 

 

Monday, October 3, 2011

Rinduuu kita tak?

Hi Assalamualaikum kawan, 

Rindu tak rindu tak? hihi, mengadanyaaa kau ina. Tak laa, sebenarnya saya yang rindu sangat kat blog ni. Almaklumlah blog ni taktahu apehal tak boleh nak update. Penat tau cari siapa yang boleh tolong. Ni baru jumpa, Thanks adel tulang ina ye? Sayang adel, muahh :) Hihi.

Okayy, sebenarnya ada banyak benda nak cerita. Tapi korang semua mesti malas nak bace kan? So, taknak lah cita panjang panjang. Sebenarnya saya baru habis text2. Perghh soalan dia! Gugur bulu bulu aku nak jawab tahu. Iskk , susah wak. Betul. Percaya lah. Denga saya ni yang tiada basic subjek tu memeng amik risiko betul aku ni kan. Huh -.-

Saya dah dapat uniform saya. Tapi kasut je belum. Tak sukanyaaa! Then haritu pergi lah ukur saiz kasut, tengok tengok takde saiz saya. Sedih tahu! Yang ada paling kecil pun saiz 5. Hmm, akak tu boleh cakap, takpe. Nanti sumbat tissue dalam kasut tu dek. Boleh kan? Redha jelaaa. Nak taknak, terpaksa ambil jugak saiz 5. Kecik jugak kaki saya ni kan kan? hihi.

Haritu saya balik selangor, sedih sangat saya tak dapat jumpa orang yang saya nak jumpa sangat. Saya rindu dia. Tapiiiii.... Saya betul betul tak sempat nak jumpa dia.Maafkan saya. Saya tak sengaja nak buat macam tu. Saya balik pun sekejap je. Nanti raya haji saya balik lagi ye? Tunggu tau.

Nah ambil lah gambar ni untuk tontonan anda. haha kbai :)

                                        
Okay, saya nak study. Assalamualaikum.