Friday, May 20, 2011

Sedihhh -.-

Hi ,


hmm , sumpah now aku memang sunyi gilaa . Takde sape text aku . Call and sebagainyaa . Aku tahu aku sakit , tak cantik , muka aku buruk . Huhh -.- Tapi aku tak mintak pun semua ni . Kenapa orang dengki dekat aku ? Susah laaa macam ni .


Kalau boleh , aku nak ade orang jaga aku , amek berat tentang aku , say iloveyou tiap-2 malam bila aku nak tido , beri aku semangat , and sebagainyaa laa . Tapi semua tu just angan-angan aku je . Tak salah kan aku berangan , mana tahu satu hari nanti aku jumpa orang yang aku nak .


Now , aku hampir pulih . Aku harap aku akan pulih sepenuhnyaa buat selama-lamanya . Aku taknak sakit lagi , sakittt sangat ! And aku taknak jadi bahan ejek kan korang semua . Aku tak mintak sakit yang macam ni . Harap korang semua faham aku .


Entah kenapa malam ni aku sedih sangat . Aku tengok semua gambar ex aku . Wall dorang . Tu semua kenangan . Biar aku simpan sorang-sorang . Aku harap aku akan terus kawan dengan korang sampai bila-bila . Aku doakan korang happy dengan pasangan korang .


Hmmmmm , okay bye :(

Thursday, May 19, 2011

weh HARIS , amek ni ! Aku bole tolong takat aku mampu je :)

Hi , 


Definisi perniagaan <-- konsep utama bisnes
- perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pighak penjual dan pembeli pada masa , harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.


organisasi perniagaan.
- perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua faktor pengeluaran (buruh, bahan mentah , modal dan usahawan) untuk menjalankan aktiviti-2 perniagaan samada barang atau perkhidmatan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan .
- jenis aktiviti yg dijalankan mungkin berbeza antara sebuah organisasi perniagaan dengan organisasi perniagaan lain. misalnya , sebuah organisasi perniagaan yang terlibat dalam sektor perkilangan akan menjalankan aktiviti yg berbeza drpd sebuah organisasi sesebuah perniagaan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan.
-aktiviti perniagaan boleh di bahagikan kpd aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan .
a) aktiviti pengeluaran melibatkan penggunaan faktor-2 pengeluaran untuk menghasilkan barang , misalnya aktiviti perkilangan dan pemasangan seperti kilang perabot.
b) aktiviti perkhidmatan pula melibatkan penawaran brg tidak nyata yg dapat diberikan keselesaan , kepuasan , dan kecekapan kpd pengguna , misalnya perkhidmatan perhotelan dan pendidikan seperti syarikat penerbangan malaysia (MAS).


organisasi bukan perniagaan.
- bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-2 yg tidak bermotifkan keuntungan .
- contoh organisasi bukan perniagaan ialah kelab dan persatuan.
- matlamat penubuhan berbeza antara sebuah organisasi bukan perniagaan dgn organisasi bukan perniagaan lain , bergantung pada jenis dan aktiviti yg dijalankan oleh setiap organisasi tersebut .


*wehh , actly aku pning gak bace ni . Ni laa yg aku dapat . buku dia bapak tebal , tak paham aku . sorry , ni je mampu ! :))

Wednesday, May 18, 2011

lower six 2011 :)

Hi ,


Hmm , hari ni aku start form six . Woahh , best laaa . Mula-mula kan ? Then tak sangka pulak baru masok then terus belajar . Memang blurr laa aku tadi . Balik lambat , pastu hujan . Ape lagi ? Kuyup laa aku . Hihi :p


Lepastuu , hari pertama . Mesti laa ade kenal-kenalkan diri kan ? Haaa , yang class aku ni pulak sampai 3 kali kena kenalkan diri . Fuyohh ! Yang satu tu kena kenalkan time subjek PA , lepastu kne kenalkan diri dlam bhase inggris untuk subjek MUET , lepastu last skali tuu kena kenalkan diri time PP . Haaa , nak tahu cerita tak ?


Kan aku tak sihad lagi , so muka aku tak laa okay lagi kan kan ? Kali pertama & kedua aku kenalkan diri tuu boleh bla lagi laa . Bole jugak aku tutup-tutup mulut cover muka aku yang terok ni kan . Kali ketiga , aku memang dah takbole tahan lagi .


Aku terus nangis , nasib baik cikgu faham . Korang 6 bawah 1 or 6 bawah 2 ! Jangan laa dok bahan aku doe . Aku sakit laaa . Korang cuba laa faham aku sikit . Bukan aku sengaja pon nak cover muka aku . Aku sakit , faham tak ? Adoi , sedih do time korang bahan aku tu . Cuba korang kat tempat aku , ape korang rasa ? Huhh -.- Aku taknak gaduh-2 . Tadi tu aku sabar jee . 


Hmm , tuu satu hal . Yang ni pulak , baru start skola dah kena 3 homework . gilaaaa laaa >.< Pening kepala otak aku . Buku rujukan dah laa tak beli lagi . Hmm ,


Okay laaa . samapai situ je untuk hari ni :'( 

Monday, May 16, 2011

Form 6 terbaik !

Hi , 


Hurm , harini nak cerita pasal form 6 . Wahh , tadi aku masok laa sekolah Syed Mashor . Fuhh ! Ramainyaaa . Aku pun terkedek-kedek cari kawan . Senang je nak search , cari yang kain hitam sebab yang kain hitam tu laa form 6 . 


Okay , bila dah jumpa . Apa lagi ? Sesi gosip-gosip . Actually aku tak pernah pon masok sekolah tuu . So , aku tak tahu kat mana toilet , bilik guru , makml dan sebagainyaa .


Lepastu kawan aku tanya , aku nak amek class ape ? 6bawah1 atau 6bawah2 . Aku tanya , ape bezanyaa ? Bezanya cume pelajaran jee .


Setelah aku pk pk balik , mungkin aku amek 6bawah2 and subjek yang aku amek ialah , geo and pp (pengurusan perniagaan) sebab aku tak suka sejarah . Sebab tu laa aku amek geo , aku pening laa sejarah ni . Yang pp pulak aku amek sebab aku taknak amek eko . Dorang cakap eko tuu susah . Ade selit sikit bab add math eh ? Wahh ! Tu bkan bidang aku .


Okay , lepastuu aku pegi padang ntuk tengok cikgu-cikgu punya acare . Almaklumlaa hari guru kan ? Hmm , cett ! Aku lepak dgn semua budak form 6 . Best laaaa , dorang gilaaa-gilaa . Lepastuu dorang semua tanya pasal muka aku . Aku sedih gilaa nak jawap . Now ade yang tahu bout muka aku . Hey , korang yang taktahu tuu . Tanya laa buda yang tahu k ? Aku penat nak citaaa laa . Hihi


Lepastuu dok tengok persembahan kat dewan . Da laaa panas dlam dewan tu . Kejap kate form 6 dok ats kusi , kejap dok bawah . Last-last dok bawah jugak . Pastuu tgok persembahan sampai laaa dkat pukul 2 kott . Pastu aku 6 atas cakap , form 6 kena stay . Kemas dewan ntok budak petang . Huhhh -.- penattt ! Sampai rumah pukul 3 . Memang letih hari pertama sekolah .


Sekian .

Thursday, May 12, 2011

MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAIFUL BAHRI.

Hi , 



MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAIFUL BAHRI.

Haa , nampak tak name mahluk tuhan tuu ? Abes laaa aku bila buat entry ni untuk kau . Mesti kontrvsi nanti tau ! Kau kan hot . Heshh , capit capit . Nanti aku jugak yang kena bahan dgn kawan-kawan kau . Da laaa kita dok setaman . Adoi ! Tape laaaa , demi kawan kan . Aku buat jugak entry ni untu kau ye sayang . Opsss ! Hihi , ade ke awek kau nak marah ? Tak kan ? Aiman tak marah kan ? Hahahahah :D

Okay , bermulanya disini . Cett ! Apa jadah aku nak cita sebenarnya ni ? Sebenarnya aku pon tak paham ape aku nak taip ni capit . Kau bace mesti tersengeh-sengeh kan ? Ape tah lagi budak lain . Fuhh ! Confirm !! Memang aku jadi bahanan dorang laa nanti .

Tadi aku text kau , pastu kau tak reply , Aku ingat kau dah sombong . Almaklumlaaa , awak tuu dah form 6 .Kita ni dok tanam anggur kat rumah . Okay , takde kne mngena pon . Hm , aku tngu punya tnggu punya tnggu punya tnggu , Ehh ! Bpe kali aku nak ulang benda yang same ? Hihi , okay sambung ..

Kau tak reply pon text aku . Hishh , bayang-byang kau pon aku tak nampak pit ! Lame gilaaa doe tak nampak kau . Yelaa , aku sakit , tak kua . Kau je yang asyik merayap tak tentu hala .

Pastu aku pon hampa laa kan sbb kau tak reply . Aku just nak tanya pasal form 6 tuu je . Ibu aku beria bena nak aku masok form 6 tuu . Tetibe aku ingat kau ! Asal doh ? Kita ade chemistry ea ? Hahahahah , ape aku merepek ? Klau awek kau bace , mampos aku !

Pastu aku pon online laaa kan kan , japgy aku nampak kau online jugak . Pehh , bafak laa ! Seronok pulak aku . Hihi , pastu aku nak mnx tolong kau tny cgu pasal form 6 tuu . Pastu kau kate kau tak dapat tlg aku . Kau nak pindah pahang ea ? Hishh , asal last minit bitahu aku ? 

Sumpah aku tetibe sedih ! Aku taktahu nak buat ape . Asal kau pindah sane do ? Kau ni jahat laa capit . Nanti sape nak gaduh dgn aku dlam FB ? Sape nak desak-desak aku suruh bawak kau naik mto aku tu ? 

Act , aku baru je nak satu sch dgn kau . Hahahahah , mcm sbelum ni kita bukan satu sch je kan kan ? Tak laa . aku memain je . Hmm , tapi serius doh ! Aku sedih . Tapi takde laaa nges . Lebih tuu . 

Kita kawan lame kan ? Eh ! lame ke ? Lame laa jugak kan kan ? And kita penah ade ehemmm ehemmm dulu . Bhahahahah :D couple sehari je pon . Nak memain je kan kau ni ? Aku tahu ? Tapi kelaka sgt do . Baru couple sehari , bafak laaa ! Sume tahu . Kau laa ni . hot sgt ! Malu aku dibuatnyaa .

Takpe laaa , ape-ape pon . Aku doakan kau berjaya kat sane , jgn tinggal solat , jgn nakal , cari mmbe yg gilaa smae dgn kau , jgn lupa aku , jgn lupa aku , jgn lupa aku , jgn lupa aku dan paling penting jgn lupa aku ! Perlu ke aku ulang banyak-banyak kali ? Hihihi .

Tau capit ! Kau ingat tu ! Kau lupa aku , aku cepuk kau ! Wehh , sorry tak dapat nak bawak kau jejalan naik moto baru aku . Hihihihi , lenkali je laaa . Kalau kita jalan naik moto , bapak aku nampak , mati aku kena pancong kau tahu !!

Sorry sangt-sgt tau sayang , Opss !! Hmm , kat sane nanti jgn pemakanan kau ! Jangan makan bayak . Nanti kau gemok doh ! hihi . Tape , kau tetap macam AARON AZIZ . ahahahah :D

Okay la capit , akhir kata . iloveyou laaa KAWAN ! korang jgn slah anggap , kawan je ! Hmm , pegi elok-elok . Nanti contact laa membe kau kat sini . INGAT ! jgn lupa aku .

Aku ingat nak letak gmba kau , tapi aku manada gamba kau . So , sorry ! Ade mase kita jumpa k . Good luck kat sane :((

Sekian .

Study

Hi korang semua .

Hari ni aku update blog ye ? Act , aku sedih sangat laaa hari ni and aku taktahu ape punce aku boleh sedih macam ni .

Tadi aku dah discuss dengan parents pasal study . Hmm , sebenarnya dari dulu ibu suruh aku amek form 6 , tapi aku taknak . sebab ;

1. Pakai baju sekolah , aku dah laaa pendek . Nanti mesti kena buli dengan budak-budak .
2. Sekolah tuu pon aku tak pernah masuk .
3. Tak bebas , still kat kepompong family aku .
4. Jumpa budak-budak sini jugak .
5. Still dok rumah , aku teringin nak bedikari sendiri .
6. Nanti mesti balik lambat kan ?
7. Aku dah laa tak pandai , boleh ke bawak STPM ???
8. Aku tak da kawan laaaa .
9. Still di gelar budak sekolah . Tapi Pra U ape . Okay laa tuh kan ?
10. Aku takut takbole bawak !

Okay , cukup ! Lepastu aku fikir-fikir balik . Better aku amek form six . Ramai jugak yang syorkan macam tuu kat aku . Sebab , kos dia tak laa terlalu mahal . Sbb aku bukan di kalangan orang senang .

Sebenarnya aku tak dapat pun form six , tapi aku cuba buat rayuan . Then bila aku discuss dgn family aku , mmg elok pon aku amek form six . InsyaALLAH aku akan buat yang terbaik okay ? Ibu and ayah sentiasa bagi dorongan . Nanti bila along dah abes STPM , along boleh masuk U . Macam ibu dgn ayah nak tuu .

Okay . sekian .

Wednesday, May 11, 2011

Ohh sakit :((

Hi korang semua :)

Okay , ina nak mintak maaf sangat dekat korang yang ade text , call or pape dalam masa 4 hari ni . Actually ina sakit laa . Haa , yang mana pernah tahu ina sakit dulu tuu , dia tahu laaa . Yang tak tahu , takpayah tahu kott . And korang yang tahu , diam-diam je . Jangan kepoh-kepoh tau tau . Aku cepuk korang kang !

Hmm , sebenarnya penyakit harito da pulih 100% . Tapi entah macam mana , penyakit tuu datang balik . So , ape lagi ? Muka aku pon hancur lah kan ? Sedih doo tengok muka aku kat cermin . Macam orang sakit koma kat hospital tuu .

Haa , dasyat tak ?! And dalam masa empat hari ni . Ina memang tak keluar rumah . Buang sampah kat luar rumah pun tak . Hihi , bak kata orang memang rehat laa bila aku sakit ni . 

Entah ape aku tulis , kejap aku kejap ina . Bengong ! Hm , bila malam kan aku mesti takboleh tido . Aku bace ayat kursi banyak-banyak . Bila dah subuh baru laa aku tidur . Bangun pukul 12 . Nasib baik ibu faham dengan aku .

Tahu tak aku terseksa gilaaa sakit ni . Yang aku sedihnya bestie aku sorang tuu taktahu pun aku sakit and aku memang taknak bagitahu dia sebab dia pun dah macam tak amek peduli pasal aku kan kan ? 

Thanks kat ibu ayah adik-adik sebab bagi along semangat . Along sedih gilaa bila time along berubat tu semua nangis . Along sayang korang semua :)

Korang korang , aku sayang korang jugak laaa . Jangan risau . Tahu tak , aku sampai tak tahan dengan ape yang jadi kat aku ni . Aku cakap macam ni tau malam-malam 

'Kalau ni laa cara ALLAH nak tarik nyawa aku , tarik laa .
Aku redha . Tapi jangan seksa aku . Aku sakit sangat'

Haa , lepas tuu aku nangis . Ibu cakap , Allah bagi ujian pada hamba dia sebab Allah tahu hamba dia boleh sabar dengan dugaan yang Dia bagi . 

Aku sedih sangat wehh . Now , aku hampir pulih . Maybe berkat doa ibu ayah siang malam untuk aku . Mungkin jugak berkat doa kawan-kawan yang taklupa aku .

Thanks kat Taca sebab hari-hari text aku then amek tahu perkembangan aku .
Thanks kat Umi and Nisa sebab datang jenguk aku harito .
Thanks kat Dayah sebab bagi aku semangat .

Aku tak pasti bila gamba ni bila family aku amik , 
ni pun jumpa kat phone ibu . Tengok muka aku !

Okay , aku harap lepas ni penyakit tuu tak datang lagi sebab aku nak sambung blaja dah . Nanti sape nak jaga aku ? Okay dah Kbai !

Thursday, May 5, 2011

Hi awak ,

Hi awak !

Kenapa saya tetibe nak tulis entry ni untuk awak eh ? Mungkin saya dah mula sukakan awak kott ! Opss ! Malunyaa saya kalau awak tahu .

Takpe , sekarang saya tak tulis pun name awak kat sini . And kalau ade yang bace pon , dia orang tak kan tahu siapa awak yang saya maksudkan .

Awak , kenapa awak baik sangat dgn saya sekarang ehh ? Dulu awak pernah jujur yang awak suka tengok gambar saya kat dalam Facebook kawan saya . Saya tanya , kenapa awak tak tengok kat Facebook saya je ? Awak kate awak tanak jadi stalker ! Hihii ,

Okay , selepas saya single nih kan awak . Awak selalu call saya tau . Dah tiga empat hari ni awak asyik kejutkan saya je . Seronok saya . Tapi taktahu laa awak just anggap saya adik atau sekadar kawan biasa je kan ?

Saya taknak mengharap sangat tau kat awak ! Sebab saya takot dapat jawapan yang akan kecewa kan hati saya . So , kalau awak bace blog saya and awak rase 'awak' laa orang yang saya maksudkan . Diam jelaa eh ? Nanti abes saya malu . hihii .

Andai di takdirkan awak tuu untuk saya , insyaALLAH saya tak kan sia-siakan awak tau . Saya akan cuba jaga hati awak , faham awak , sayang awak , jujur dengan awak , and paling penting setia dengan awak .

And kalau ditakdirkan awak bukan untuk saya , saya seronok dapat kenal dengan awak . Thanks happy kan saya . Thanks selalu layan kerenah saya ni . Thanks jugak sebab sudi habiskan crdit semata-mata nak call saya sampai awak tak tidur .

Saya seronok sangat malam tuu , lepas super saver and credit awk habis . Saya pulak call awak sebab awak kate awak tak boleh tido . Kebetulan mata saya pon tak boleh nak lelap time tu . So , saya pun buat laa super saver jugak . And time tuu kita tengah leka borak pasal ex awak , plkn yang awak pernah pegi , pasal saya nak sambung blaja , and pasal saya sakit tuu . 

Thanks awak atas segala-galanyaa . Saya hargai sangat . Kalau saya dapat awak , saya rasa bersyukur sangat . Hishh , taktahu kenapa saya cakap macam ni . Mungkin sebab awak tua sikit dari saya , mungkin jugak awak boleh faham saya , and mungkin jugak awak ade banyak pengalaman kan kan ?

Tapi kalau awak bukan hak milik saya , saya akan jadi kawan awak okay ? Saya suka berkawan dengan awak . Awak kate awak selesa dengan saya . Saya pun selesa sangat dengan awak tau tau .

Saya kenal awak pun dari kawan saya . And kita pernah jumpe sekali je . Time awak datang sini . hihii 

Awak awak ! Saya suka awak laa . Saya tunggu awak reply text saya or awak online . Sebab semalam awak kate nak online . Tapi tak pon . Takpe , saya faham . Mungkin awak penat balik kerja kan ? Da laa malam semalam tak tidur sbb call saya . Hehe .  Haa , lagi satu , saya seronok dapat kenal nimie awak ! Dia comel sangat macam awak tau ! <3 Dia orang tak tahu siapa nimie awak tuu kan kan ?

Hushh , rase malu jugak luahkan kat sini . Tapi takpe , dia orang tak tahu sape 'awak' yang saya maksudkan . 




Sekian ,

Wednesday, May 4, 2011

Ciri-ciri couple yang saya cari !

Hi ,

Nak share dgn korang ni .

Andai laa ade orang nak kan aku ni , aku nak si dia ni
* Paham aku sebab aku ni jarang boleh kua and mungkin jarang boleh jumpa dia .
* Selalu text aku sebab aku nak perhatian dari dia . Call kadang-kadang pon takpe , janji text .
* Layan jelaa kerenah manje , mengada-ngada aku ni .
* Aku suka lelaki yang romantik . Berjiwang-jiwang sikit pon takpe !
* Paling penting , biarlah yang sembahyang :)
* Yang boleh jaga aku , sayang aku , jujur dengan aku , and setia lahh dengan aku sorang .
* Aku nak dia ade dengan aku time aku sedih and happy ! Biar kongsi same-same . Mesti sweet kan ?
* Aku nak dia share problem dia dengan aku . Aku taknak dia tanggung sorang . Kesian kat dia .
* Kalau boleh , couple aku tuu biarlah atas aku . Atleast ade pengalaman bercinta . And pemikiran dia bia matang sikit . Yang sebaye pon takpe jugak . Tapi umur tak jadi masalah kan ?
* And yang paling aku TERINGIN , aku teringin nak cincin couple yang ade name skali tuu . Perhh , mesti best kan kalau dpat ? Happy gilaa . And aku nak kekal dgn dia sampai bila-2 .
* Aku suka dia manje- amnje and gedik-gedik dgn aku :)

YA ALLAH , temukan aku jodoh yang baik <3

Buku baru !

Hi ,

Hari ni nak cita sikit pasal title aku tuu . Ape ye anak-anak tajuk title aku tuu ? Tajuk dia buku baru .
Pandaaaiiii ! :)

Hurm , dah 3 hari aku tak bersama dia . Okay , stop crying ina ! Hidup mesti di teruskan . Mungkin takde jodoh antara aku dgn dia . Tuhan tahu ape yang terbaik buat aku dgn dia kan kan ? Sebab tu jadi mcm ni . Ada hikmah di sebaliknyaa .

Huhh -.- Now im totally single okay :) So , mood : searching ! HAHA , terus searching si ina ni . Adoi , ina oh ina . Kau jangan nak perasan ade orang nak kau laa ina . Okay-okay , takde sape nak aku . Suka lahh korang kan ? Bia aku single . Errrr !

Takpe , sabar dan terus bersabar ye ina . Tuhan suka orang bersabar ni . Tak semestinya aku akan single selamnya kan kan ? Hihi , gatal laaa ina ni . Takyah layan dia . Boooo !!

Sebenarnya ape aku nak cita aku pun taktahu . Saje nak update . Nak main taip-taip . hehe .
Haaa , topik dah ade . Tadi kan aku belaja care-2 pakai shawl yang kiut-miut tuu . Aku jeles laa tengok korang lawa-2 pakai shawl . Aku nak jugak . hihii xD

Pastu kan , aku pun try laa . Amek laa shwal dgn inner tu kan ? Aku try , fuyoohh ! Jadi wehh . Bangge aku . Pastu aku pon amek laaa kunci moto then kua merempit ! Bhahahahahha :D Tak tak , saya bukan minah rempit laaaa awak !

Pastu aku pun broomm brooomm sampai shawl aku tuu melayang *tipu . Aku kua tuu sebab nak amek adek aku balik dari sch laa . Pastu baru aku perasan sume pandang aku pelik semacam je . Asal doh korang pandang aku macam tuu ? Aku ade buat salah ke ? Tak kan ?

Pastu makcik pakcik kat sekolah tuu dok pandang-2 . Heshh , bengang lak aku kan ? Pastu , berapa banyak pastu aku ni ? Lantak lah kan ? hehee , Okay , sambung balik . Dorang bukan pandang tak puas hati . Dorang pandang pelik sangat , heshhhh .

Rupa-rupanya baru aku teringat umie ade pesan , jangan pakai shawl pelik-pelik kat sini . Nanti dorang pandang buat muka pelik . Aku tanya , kenapa pulak dorang nak pandang mcam tuu ? Sebab kat sini mana ada budak pakai macam tuu .

Aku pun diam laaa . Buat muka malu gilaaa , aku terus balik lepas adek aku kua sch tuu . Balik rumah , terus aku bukak . Hishh , buat malu aku je .

Tuu satu hal .

Ni lagi satu ,

Dah 3 hari aku tak makan , entah ! Takde selera laa kott . Pastu tadi tetibe lapa aww , aku pun pegi dapo amek nasi dgn lauk . Makan depan ibu . Boleh dia cakap cm ni

ibu ; Dah berapa hari long kau tak makan ? Tak lapa ke ?
aku ; Err , baru 3 hari . Tak , nape bu ?
ibu ; Abes ni kenapa makan ? Baru rasa lapa ?
aku ; A'ah laa bu , lapa .

hehe , kesian tak aku ! 3 hari tak makan , sebab pikir dia . hushhh , now takbole ikotkan sgt kan kan ? Kena makan jugak . 

Wehh , da laaa . cukup-cukup laa aku mengarut ni . Thanks bace . Kbai !

Tuesday, May 3, 2011

Berusaha lupakan si dia

Hi ,


Awak .. Susahnya saya nak lupakan awak ! 


Kenapa ya ?


Apa awak dah buat kat saya ?


Bila saya online , saya mesti teringat awak .


Then mesti tgok Facebook awak .


Awak dah lame tak online .


Kenapa eakk ?


Tadi awak text saya , time tuu saya kat lua .


Saya cube tahan air mata saya supaya tak mengalir , tapi saya gagal .


Air mata saya menitik jatuh ke bumi .


Saya tak delete lagi Memory kita .


Text yang awak bagi sweet-sweet to semua saya masih simpan lagi .


Gambar awak ! Saya asyik tengok je .


Saya cube text awak , saya buat muka nanges ! Tapi takde respon .


Awak dah benci saya ke ? 


Siang tadi saya tak nanges . Saya ingat saya tak kan nanges lagi .


Tapi bila saya update blog ni , saya mesti nages .


Awak tak sedih ke ?


Kalau betul awak nak saya , kenapa awak tak sungguh-sungguh pujuk saya ?


Awak .... .. .. ... .. . ... .


Saya nanges ni . Awak , kenapa awak buat saya macam ni ?


Apa dosa saya pada awak .


Saya dah lame tak nanges sbb lelaki .


Awak tahu tak , saya ade gamba baru nak bagi awak tengok .


Saya ade shawl baru . Tadi saya beli dgn ibu .


Saya ade beli kemeja . Kan dulu time kita kelua , saya nak kemeja tapi tak jumpe kan ?


Tadi saya beli kemeja , shawl and selua .


Saya ingat nak tunjuk awak .


Tapi hajat saya tak kesampaian .


Awak , awak tahu saya suka pakai skirt labuh kan ?


And saya pernah hantar gmb saya pakai skirt labuh tuu dgn shawl merah .


Awak cakap , saya comel . Hihi 


Saya senyum sorang-sorang time tuu .


Saya plan nak kelua dgn awak bulan 6 nanti sebelum saya sambung blaja .


Tapi , kita dah takde ape-ape .


Awak ... 


Huhh -.- susahnya nak lupakan awak !




sekian .

Monday, May 2, 2011

Pelengkap hidupku .

Hi ,

Untuk yang tersayang ,

Saya ade benda nak cakap dengan awak .

Macam ni , saya rasa kita dah lain . Kita buat haluan masing-masing . Sakit sihat saya awak tak pernah nak amek tahu . Saya sedih sangat .

Takpe , biar saya sedih seorang . Saya taknak awak sedih macam saya . Saya tahu awak happy sekarang ni kan ? Awak sihat je kan ? Awak makan kan ?

Awak , saya sayang awak ! Kenapa awak abaikan saya ? Sekarang takda sape nak wish GOOD NIGHT , MUAHH , ILOVEYOU , IMISSYOUSAYANG , JGN CURANG and macam-2 lagi .Sape nak ucap macam tuu kat saya ?

Awak busy sangat ke ? Sampai awak abaikan saya macm ni ? Saya ni tak penting ehh dalam diri awak ? Okay , biar laa saya luahkan semua apa yang tersirat dan tersurat dalam hati saya .

Yang pertama ,
Kenapa bila EX awak post wall kat awak , awak mesti delete ? Kenapa ? Ada makna terselindung ke ? Lepas tu mesti ex awak tuu add FB saya . Lepastuu , mesti 'diorang' akan cakap , jgn percaye cakap awak ! Tapi kenapa dorang cakap macam tuu ? Kalau sorang takpe ex awak tuuu . Ni dah lebih 3 orang rasenyaa buat benda yang sama . Saya perhatikan je awak . Saya tak pandang benda tuu serius . Sebab saya tahu saya sayang awak . Dorang cakap , jgn percaye cakap awak ! Tapi kenapa ? Dorang kate awak tipu . Saya sabar lagi . Kawan saya kate , mungkin ex awak jeles saya dgn awk . Hmm ,

Kedua ,
Kenapa awak jarang text saya ? Awak busy sangat ke ? Awak , PM tuu pun ade rehat . Tapi awak ? Alasan , balik awak terus tido . Sekali dua wak buat macam tuu saya tak kesah . Tapi dah berkali-kali awak . Awak tak kesian ke tengok saya ni ? Ke awak takde perasaan ?

Ketiga ,
Awak kate awak tak suka text , okay fine ! Tapi tak kan nak ucap selamat malam pon takbole ? Nak ucap selamat pagi pon tak kan takbole ? Atleast saya akan tersenyum bila bace mesej tuu . Walaupun benda tuu tak seberapa . Tiap-2 hari saya mesej awak . Tapi kenapa wak tak pernah balas ? Saya cume nak tahu awak sihat ? Dah makan ? Kerja okay ?

Keempat ,
Awak kate awak takde duit nak topup . Tapi kenapa tiap-tiap hari awak boleh kalua minum dengan kawan-kawan awk ? Ada satu haritu , awak cakap awak pergi melaka , kerja . Then phone tak bawak . Tak kan awak tak bawak phone ? Tak kan awak lupe phone awak ? Kalau awak lupa phone awak , thats mean awak lupakan saya .

Kelima ,
Saya sentiasa ingat awak . Saya nak awak jadi yang terakhir pilihan saya . Tapi tu tak mungkin . Secare jujur saa cakap , awak selalu buat saya sedih . Kenapa ? Awak puas ke ?

Keenam ,
Awak cakap , awak tak suka saya ade adek-beradek angkat . Kalau macam tu , kenapa awak tak teman saya mesej ? Adek-beradek angkat tu laa yang teman saya awak ! Awak tak tahu pun kan . Pernah sekali awak maki saya , awak sampai bahase kan aku engkau dekat saya . Saya betul-betul terkejut time tuu awak . Tak sangke awak bole panggil macam tuu . Saya ingat awak sayang saya jugak macam mana saya sayang awak :(

Ketujuh ,
Problem saya sape nak dengar ? Saya ingat bila saya couple dengan awak , saya akan share everything pasal saya , family or kawan-kawan . Tapi tak pun . Awak tak pernah amek tahu pun kan ?

Kelapan ,
Awak malu eh couple dgn saya ? Sebab saya bertudung ? Macam tu ? Awak kate awak tak pernah couple dgn budak bertudung . Awak kata , saya lah awek pertama awak yang pakai tudung . Tiba-tiba saye rasa bangga time awak cakap macam tu . Hm , sbb saya dah tengok ramai ex awak . Dorang semua SEXY .

Kesembilan ,
Seriusly saya jeles tengok couple lain wall to wall dalam FB tuu . Kenapa saya tak ? Dulu selalu jugak kita wall same-same . Sekarang kenagan je . Saya selalu tengok gambar awak . Saya sayang awak . Awak paham tak ?

Last , kesepuluh ,
Saya perlukan awak . Kalau awak rase awak dah taknak saya , saya mohon sangat tolong lepaskan saya dengan care baik . Saya mintak sangat jasa baik awak tu . Saya terseksa awak macam ni . Saya sunyi sangat . Awak tak amek peduli pasal saya . Awak nak tahu , mate saya dah bengkak ni . Air mata saya sape nak kesat kan ni ? Saya sedih . Teresak-esak saya nanges . Awak tak tahu kan ? Awak takde perasaan ke ? Saya simpan semua mesej yang awak bagi . Awak kate awak sayang saya , tapi awk tipu !

Awak , dengar lagu ni http://www.youtube.com/watch?v=eeKK6Ls1Z5I .
Ni lirik dia ,

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
 
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dun
ia

Permintaan saya yang terakhir , lepaskan saya please ! Saya dapat rase saya bukan yang terbaik untuk awak . Awak akan dapat yang LEBIH baik dari saya . Halalkan makan minum saya . Terima kasih belikan saya baju haritu . Saya tak mintak pun . Terima kasih awak :'(

Time ni saya boleh tahan lagi , tapi dah nanges siket :'(

Saya dah mula teresak-esak :'( Takde sape teman saya .

And lastly saya nanges jugak . SAYA SAYANG AWAK !

Sekian.


Sunday, May 1, 2011

Nurfatin Shazwani

Hi :)

Nurfatin shazwani , itulahh nama kawan baik aku .

Bukan kawan lagi , tapi dah macam adek-beradik pertalian
kami ni .

Kemana-mana mesti bersama 'dulu' .

Sekarang tidak lagi .

Kemana dia menghilang ?

Sebenarnya aku hanya dapat perhatikan dia dari jauh 
sahaja .

Mungkin sekarang aku bukan lagi kawan terbaik dia .

Aku ingin bersama kau .

Aku sayang kau .

Aku rindukan kau yang dulu .

Aku nak kau selalu teman aku kemana-mana .

Tapi sekarang kau dah ada kawan baru .

Mungkin lebih baik dari aku .

Aku tak dapat nafikan yang aku memang sayangkan kau .


Kau masih ingin dgn gambar ni ?
Kita nak pergi Bengkel math Hot Fm .


Gambar kau peluk aku !
Kita study nak gi study group laa sangat .


Ingat lagi gambar ni ?
Kita gi kenduri kawen Fairuz :)


Gambar ni kita sebok dgn couple masng-2 'dulu' .
Orang lain dok buat kerja kusus , kita gi amek gamba sampai phone kila
habis btry .


Tengok muka selenga aku ! 
Kita kat IKBN pertak :)


Ni time kita form4 , dok blakang sekali snap gamba !
Nasib baik cikgu tak perasan .


Ni gamba time kita jamuan , kau ingat tak time ni aku demam teruk !


Gmaba ni kita lepak kfc , then tetibe nampak ade bear ni kat atas meja .
Then kau dgn muka slamber , bole pulak amek bawak balik pastu basuh .
Sampai sekarang bear ni ade kat kau ! Kau ingat tak ?


Tengok tuu ! Dulu kau suka pelok cium aku .
Sekarang semua dah takda !


Ni laaa Geng kecik form 5 kat sekolah yang selalu 
kena buli dengan budak form 3 time pegi tandas !
Malu kan ? Name je form 5 , tapi kena buli .
Kemana-2 mesti kita bertiga !



Kau ingat tak ? Aku suka peluk bear kau ! Aku nak jugak ,
tapi tak penah dapat . Untung kau ten :)

Tapi takpe , aku nak kau happy .

Aku sayang kau .

Aku nak kita macam dulu .

Kbaii :(