Saturday, October 15, 2011

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.

Assalamualaikum semua :)


Hari ni cuaca tak berapa elok. Semalam kawan saya sendiri telah meninggalkan bumi ni. Tuhan lebih sayangkan dia. Saya rasa amat terkilan sebab tak dapat nak balik tengok dia dikebumikan. Maafkan saya. Saya sentiasa mendoakan dia ditempatkan di tempat orang orang yang beriman. Aminn.


Malam tadi juga saya rasa sangat sunyi dan jiwa saya kosong sekosong hati ni. Apa yang saya terima ni sangat memeritkan. Tak sangka hubungan saya dengan dia setakat ni saja. Apa yang saya rasa, ya allah. Tuhan je yang tahu.


Awak, kenapa perlu tipu saya? Rupa-rupanya selama ni awak memang sengaja taknak mesej saya kan? Thanks sebab mengaku. Awak yang cakap macam tu, bukan saya yang tanya. 


Malam tadi malam arwah kawan kita, and malam tu jugak kita break up. Saya sedih sangat kat sini. Tapi apa salah saya sampai awak buat saya macam ni? Awak dah buat saya sayang awak sangat sangat. Saya ingat awak yang terakhir buat saya. Tapi, apa semua ni awak?


Awak kata awak dah tawar hati dengan saya. Tapi apa salah saya? Awak kata awak sayang saya sebagai seorang kawan. Awakkkk! Kenapa kita jadi macam ni? Awak cakap, awak buat ni semuanya bersebab. Haaa :'( Air mata saya tak berhenti henti mengalir. 


Mungkin awak kat sana mesti happy kan? Saya je selalu fikirkan awak. Saya harap satu hari nanti Allah dapat tunjukkan apa yang benar.


Saya tahu awak dah semakin kacak sekarang. Semua orang akan puji awak. Semua orang nak kan awak. Betul kata saya, cinta tak kenal umur. Saya tahu diri saya banyak kekurangan. 


Saya minta saya tak kan jumpa awak lagi. Saya harap awak tak buat dekat perempuan lain macam mana awak sakitkan hati saya.


Awak taktahu saya sedih. Setiap malam saya akan tunggu mesej dari awak. Awak bayangkan lah macam mana bila awak kata camni, 'saya sengaja tak mesej awak'. 


Hmm, saya tanya awak, ada perempuan lain ke? Awak jawab ada. Awakkkk! Hancur perasaan saya. 


Saya taknak tengok awak lagi. Kalau satu hari nanti awak terdengar apa apa berita pasal saya, saya pohon. Jangan datang jenguk kubur saya. Saya dah maafkan awak. 


Saya merayu sangat. Jangan datang dalam hidup saya lagi. Terima kasih atas segalanya..



No comments:

Post a Comment