Thursday, May 19, 2011

weh HARIS , amek ni ! Aku bole tolong takat aku mampu je :)

Hi , 


Definisi perniagaan <-- konsep utama bisnes
- perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pighak penjual dan pembeli pada masa , harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.


organisasi perniagaan.
- perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua faktor pengeluaran (buruh, bahan mentah , modal dan usahawan) untuk menjalankan aktiviti-2 perniagaan samada barang atau perkhidmatan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan .
- jenis aktiviti yg dijalankan mungkin berbeza antara sebuah organisasi perniagaan dengan organisasi perniagaan lain. misalnya , sebuah organisasi perniagaan yang terlibat dalam sektor perkilangan akan menjalankan aktiviti yg berbeza drpd sebuah organisasi sesebuah perniagaan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan.
-aktiviti perniagaan boleh di bahagikan kpd aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan .
a) aktiviti pengeluaran melibatkan penggunaan faktor-2 pengeluaran untuk menghasilkan barang , misalnya aktiviti perkilangan dan pemasangan seperti kilang perabot.
b) aktiviti perkhidmatan pula melibatkan penawaran brg tidak nyata yg dapat diberikan keselesaan , kepuasan , dan kecekapan kpd pengguna , misalnya perkhidmatan perhotelan dan pendidikan seperti syarikat penerbangan malaysia (MAS).


organisasi bukan perniagaan.
- bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-2 yg tidak bermotifkan keuntungan .
- contoh organisasi bukan perniagaan ialah kelab dan persatuan.
- matlamat penubuhan berbeza antara sebuah organisasi bukan perniagaan dgn organisasi bukan perniagaan lain , bergantung pada jenis dan aktiviti yg dijalankan oleh setiap organisasi tersebut .


*wehh , actly aku pning gak bace ni . Ni laa yg aku dapat . buku dia bapak tebal , tak paham aku . sorry , ni je mampu ! :))

2 comments: